SEJARAH PPDA
Pada
3 Februari 1988, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1988 Program Skim Lencana
AntiDadah, Pasukan Berpakaian Seragam Sekolah Menengah (SLAD) disiarkan oleh
Bahagian Sekolah KPM. Dengan ini, sekolah ini telah memulakan Program SLAd pada
tahun 1988 sehingga sekarang.
Aktiviti-aktiviti
yang telah dijalankan oleh SLAD adalah lawatan sambil belajar ke Pusat Serenti,
menghadiri ceramah, menyertai pertandingan, aktiviti seranta, penyampaian
maklumat dan menyediakan buku skrap.
Program
Cuma Lima Minit AntiDadah dimulakan pada tahun 1999 setelah pihak sekolah
menerima surat Pekeliling Ikhtisas KP(BS/HEP)8543/06/(23) . Pelaksanaan Program
5 Minit AntiDadah di sekolah.Program ini dijalankan pada bulan Mac dan Julai
setiap tahun. Guru-guru meluangkan sebanyak 5 minit untuk menyatakan
maklumat-maklumat dadah kepada murid berdasarkan modul yang diedarkan semasa
pengajaran dan pembelajaran. Kemudian, pertandingan kuiz AntiDadah akan
diteruskan selepas modul diterangkan kepada
murid-murid.
Pada
tahun 2004, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/2004 memperkasakan pendidikan
pencegahan dadah telah disiarkan kepada sekolah-sekolah. Dengan ini, guru
kaunseling kedua telah dilantik sebagai guru PPDa.Maka pelbagai program PPDa
telah dilaksanakan untuk staf dan murid-murid di sekolah ini. Aktiviti-aktiviti
yang dijalankan seperti Perkembangan Staf, Minggu AntiDadah, Mesej Jauhi Dadah
PPDa KBSM, Ceramah AntiDadah, Pameran AntiDadah, Pertandingan Poster AntiDadah,
Pertandingan Buku Skrap AntiDadah, Pertandingan Esei AntiDadah, Kemahiran
Personal dan Interpersonal, kaunseling PPDa, Kolokium Kepimpinan PPDa, Seminar
PPDa, Program Keibubapaan dan sebagainya.
Pada
tahun 2007, semua sekolah telah diarahkan untuk menubuhkan bilik/lorong/sudut
PPDa di sekolah. Maka sudut PPDa di sekolah ini telah ditubuhkan di
perpustakaan.
0 comments:
Post a Comment